SEKILAS INFO
  • 4 bulan yang lalu - Assalamualaikum..Ahlan Wasahlan di laman Info Rumah Tangga….
JAM :

WAKTU SOLAT, Friday, 21 09 2018 September 2018 >

Diterbitkan :
Kategori : Isteri / Kesihatan / Sains / Suami / Tips
Komentar : 0 komentar

Khasiat Terung Pipit untuk kebaikan Mata.

Terung Pipit ( solanum tarvum ) juga dikenali sebagai terung rembang, atau terung manggul adalah sejenis ulam tumbuhan liar atau ditanam dikawasan kebun tetapi lazimnya terdapat banyak menumbuh dikawasan hutan.

Buah ini terdapat banyak manfaat dan khasiat untuk tubuh terutama untuk kesihatan mata kerana kandungan nutrisi nya yang tinggi khusus untuk mata,diantaranya adalah zat besi, flavonoid, alkaloid, tanin, saponin, kalsium, protein, lemak dan beberapa jenis vitamin seperti vitamin A, vitamin B dan juga vitamin C.

1. Mencegah Degeneration macular

Khasiat terung pipit yang pertama ialah mencegah Degeneration macular , maksud nya kondisi masalah mata yang tidak dapat dibaiki lagi yang menyebabkan hilangnya penglihatan dibahagian centre utama kerana kerosakan macula (bahagian tengah mata) masalah Degeneration macular sangat terkait dengan usia seseorang iaitu antara penyebab utama rabun yang sangat tinggi di usia seseorang itu 50 tahun keatas.

kandungan vitamin C dari terung pipit ini selain manfaat nya untuk kulit, kandungan vitamin c tinggi yang dikenali sebagai vitamin larut dalam air sekaligus sebagai antioksidan yang sangat kuat, ianya juga dapat memulihara urat dan otot halus di bahagian retina mata, dengan mengamalkan terung pipit ini secara teratur dengan kandungan vitamin c yang tinggi dan baik ini ianya sangat bagus untuk mencegah risiko pembentukan katarak dan juga kehilangan cahaya penglihatan akibat ketinggian rabun kerana degeneration mocular.

2. Memperbaiki penglihatan mata

Khasiat terung pipit yang kedua ialah, mempunyai Khasiat vitamin A bukan saja hanya untuk kulit malah ianya sangat diperlukan untuk organ penglihatan untuk mengatasi penyakit dan menjaga kesihatan mata secara menyeluruh, kandungan Vitamin A tinggi dalam terung pipit juga terbukti sangat baik untuk memulihkan penglihatan mata sehingga penglihatan stabil dengan perubahan cahaya ( silau ) turut menjaga kelembapan mata dan juga memperbaiki penglihatan ketika waktu malam, retinol yang terdapat  dalam vitamin A ini juga turut membantu dalam pembentukan visual ungu pada mata dalam masa yang sama ianya membantu memelihara kesihatan retina mata.

3. Mencegah Gloucoma.

Khasiat terung pipit yang ke tiga ialah , mencegah Glaucoma merupakan salah satu gangguan penglihatan yang berpunca dari kerosakan saraf optik akibat tekanan pada mata dengan ada nya gejala seperti sakit kepala dan rasa pedih pada mata. Vitamin B yang terdapat pada terung pipit ini berfungsi sebagai coenzyme. Vitamin B yang terdapat dalam terung pipit ini juga dapat penghasilan DNA dan Protein, apabila tubuh kekurangan Vitamin B maka ia boleh menyebabkan kerosakan pada otak dan tulang belakang sumsum kemudian menjalar dan akan merosakan saraf optik yang menyebabkan penglihatan semakin rabun dan power mata semakin berkurangan.

Khasiat Vitamin C terung pipit lagi.

Vitamin C dalam terung pipit juga berfungsi sebagai antioksidan yang sangat kuat juga berperanan penting untuk membentuk dan memelihara jaringan pengikatan urat mata yang kuat termasuk penghasilan kolagen didalam cornea mata dengan baik.

Manfaat terung pipit sangat jelas ianya sangat khusus untuk mengubati masalah mata rabun dan silau, jadi macamana nak mengamalkan nya? anda boleh buat sendiri dirumah hanya dengan merebus terung pipit itu tadi kemudian air rebusan nya dibuat minum atau dijadikan menu makanan..sangat sedap dibuat masak sambal tumis ikan bilis!

air rebusan terung pipit ini sangat pahit ye, anda boleh campurkan dengan madu asli.

Kalau di seberang mereka makan je..boleh masak sambal..sodap ko ha..

 

SebelumnyaKhasiat Daun Sirih Untuk kesihatan MATA yang Ramai Tak tahu.. SesudahnyaAnda Ada Darah Tinggi? anda perlu tahu ini..
Khasiat Bunga Roselle Untuk Kesihatan Khasiat Bunga Roselle Untuk Kesihatan
Khasiat Bunga Roselle yang jarang di ketahui umum Sebenar nya pokok bunga roselle bukan lah berasal daripada Malaysia tapi ianya berasal daripada benua afrika dan nama saintifik untuk bunga rosalle...
Khasiat Ikan Salmon untuk Kesihatan JANTUNG yang JARANG diketahui umum Khasiat Ikan Salmon untuk Kesihatan JANTUNG yang JARANG diketahui umum
Kalau sebut pasal ikan semua orang tahu dari kelas bawahan sampai kelas atasan bahawa ikan merupakan penyumbang protein yang paling bagus dan paling tinggi tapi jarang diketahui umum bahawa ikan...
Daun Sukun Berkhasiat Untuk Sakit Jantung Daun Sukun Berkhasiat Untuk Sakit Jantung
Khasiat mujarab daun Sukun untuk pesakit Jantung Salah satu organ terpenting dalam tubuh badan kita adalah jantung yang berfungsi untuk membekal darah menuju ke segala pembuluhan darah dalam tubuh dan...
Anda Ada Darah Tinggi? anda perlu tahu ini.. Anda Ada Darah Tinggi? anda perlu tahu ini..
Kebaikan & khasiat Buah Timun untuk pengidap Darah Tinggi Timun, ada yang tak tahu timun ni apa? semua orang tahu buah timun ni, bagi pelusuk negara seperti Malaysia dan Indonesia...
Anda ada masalah MATA? Cuba makan buah ni.. Anda ada masalah MATA? Cuba makan buah ni..
Khasiat Terung Pipit untuk kebaikan Mata. Terung Pipit ( solanum tarvum ) juga dikenali sebagai terung rembang, atau terung manggul adalah sejenis ulam tumbuhan liar atau ditanam dikawasan kebun tetapi...
Khasiat Daun Sirih Untuk kesihatan MATA yang Ramai Tak tahu.. Khasiat Daun Sirih Untuk kesihatan MATA yang Ramai Tak tahu..
Manfaat dan khasiat daun sirih untuk kesihatan mata. Daun sirih merupakan salah satu tanaman herba yang memiliki sejuta manfaat untuk mengubati segala macam penyakit dan masalah kesihatan, salah satu nya...


TINGGALKAN KOMENTAR

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.