SEKILAS INFO
  • 7 bulan yang lalu - Assalamualaikum..Ahlan Wasahlan di laman Info Rumah Tangga….
JAM :

WAKTU SOLAT, Saturday, 15 12 2018 December 2018 >

Diterbitkan :
Kategori : Kesihatan / Tips
Komentar : 0 komentar

Khasiat Bunga Roselle yang jarang di ketahui umum

Sebenar nya pokok bunga roselle bukan lah berasal daripada Malaysia tapi ianya berasal daripada benua afrika dan nama saintifik untuk bunga rosalle ni adalah Hisbiscus Sabdariffa dan ianya sangat popular dan mudah didapati di negara jiran kita di Indonesia, dan kebiasaan bunga ini di jadikan Teh minuman direbus dan diminum dan rasanya sangat berbeza dengan teh biasa. Khasiat daripada minuman Roselle ini juga dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, selain daripada bunga nya, buah nya juga dapat dimanfaatkan untuk sumber kesihatan.

Ciri-ciri buah roselle

Roselle ini selain berbunya ianya juga mengeluarkan buah, warna buah nya yang kemerahan dan boleh bertukar menjadi putih, dan buah rosalle ini juga mengeluarkan biji dimana biji tersebut boleh dijadikan benih untuk penanaman semula untuk menjadi tunas.

Buah yang mengandungi zat yang tinggi

Secara umum nya khasiat daripada buah rosalle ini mengandungi Antosianin, Flavonoid, Saponin, Alkaoid,sardenoleda, glikosida cardiac, ekstrak saliks, anthocyanins delphinidin-3-0sambubioside dan cyanidin3-0-sambubioside.

Sekiranya Roselle ini dikeringkan maka ianya mengandungi khasiat tambahan lain iaitu flavonoid gossypeting, hibiscetine dan sabdaretine. rupanya hanya sekadar macam bunga liar tapi tak sangka begitu tinggi khasiat nya bukan?

Pembekal Antioksidan

dengan mengandungi gossipetin, feolik, antosianin dan glukosuda hibiscin, beberapa khasiat tadi berperanan sebagai  antioksidan yang baik untuk tubuh, jika dibandingkan dengan tanaman lain kandungan aktioksidan yang dibekalkan oleh bunga liar ini cukup tinggi dan dapat menangkis anasir bahaya untuk tubuh.

Mencegah Leukimia

Khasiat Bunga Roselle Untuk kanser Darah, Leukmia dikenali sebagai cancer darah merupakan salah satu jenis penyakit yang sangat merbahaya, Rosalle ini juga dapat mencegah leukimia, dengan kandungan antosianin dalam buah rosalle ianya dapat mencegah dan juga melawan leukimia

Sangat berkesan menurunkan kolesterol.

Khasiat Bunga Roselle Untuk Kolesterol.

anda makan tak jaga? susah nak kawal pemakanan sehingga mengakibatkan kolesterol anda naik mendadak? dengan meminum air rebusan rosalle segelas dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah anda dengan baik dan cepat, tapi bukan bermakna anda lepas ni tak perlu menjaga pemakanan anda okey.

Sangat berkesan menurunkan berat badan.

Anda nak kurus tanpa perlu bersenam? susah nak uruskan diet dengan baik? dengan teh bunga Rosalle mampu merialisasikan impian anda untuk mendapatkan berat badan ideal anda tanpa anda membazir wang ringgit membeli produk mahal!

Dapat menurunkan tekanan darah tinggi.

Khasiat Bunga Roselle Untuk Tekanan Darah Tinggi.

Hanya dengan mengamalkan peminuman teh bunga rosalle bukan saja anda dapat mengurangkan timbang berat anda mahal ianya juga bermanfaat untuk menurukan tekanan darah tinggi secara tidak langsung tekanan darah anda di dalam paras normal

Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.

Rosalle juga memiliki kandungan Vitamin yang tinggi seperti Vitamin A dan Vitamin C, kedua nya sangat diketahui sebagai vitamin yang sangat diperlukan untuk tubuh badan kerana ianya meningkatkan sitem imuntasi pada badan, jika imuntasi badan baik maka tubuh badan terhindar daripada pengakit seperti deman, selsema dan serangan virus seperti denggi, Hipatitis A dan B dan H1N1, Mencegah lebih baik dari berubat.

Melancarkan Sistem Penghadaman

Selain untuk diet, buah rosella juga bermanfaat untuk melancarkan sistem pencernaan. Kandungan serat dalam bunga rosella tidak hanya mampu memecahkan lemak dan menurunkan berat badan saja, ianya juga dapat membantu membersihkan dan melawaskan sistem pencernaan, melancarkan buang air sehingga saluran pencernaan menjadi sihat.

ada banyak lagi dalam list kami menunjukan buah rosalle ini ada manfaat lain termasuk untuk mereka yang ada kencing manis, InsyaAllah saya akan ulas lagi di lain hari.

SebelumnyaKhasiat Ikan Salmon untuk Kesihatan JANTUNG yang JARANG diketahui umum
Khasiat Bunga Roselle Untuk Kesihatan Khasiat Bunga Roselle Untuk Kesihatan
Khasiat Bunga Roselle yang jarang di ketahui umum Sebenar nya pokok bunga roselle bukan lah berasal daripada Malaysia tapi ianya berasal daripada benua afrika dan nama saintifik untuk bunga rosalle...
Khasiat Ikan Salmon untuk Kesihatan JANTUNG yang JARANG diketahui umum Khasiat Ikan Salmon untuk Kesihatan JANTUNG yang JARANG diketahui umum
Kalau sebut pasal ikan semua orang tahu dari kelas bawahan sampai kelas atasan bahawa ikan merupakan penyumbang protein yang paling bagus dan paling tinggi tapi jarang diketahui umum bahawa ikan...
Daun Sukun Berkhasiat Untuk Sakit Jantung Daun Sukun Berkhasiat Untuk Sakit Jantung
Khasiat mujarab daun Sukun untuk pesakit Jantung Salah satu organ terpenting dalam tubuh badan kita adalah jantung yang berfungsi untuk membekal darah menuju ke segala pembuluhan darah dalam tubuh dan...
Anda Ada Darah Tinggi? anda perlu tahu ini.. Anda Ada Darah Tinggi? anda perlu tahu ini..
Kebaikan & khasiat Buah Timun untuk pengidap Darah Tinggi Timun, ada yang tak tahu timun ni apa? semua orang tahu buah timun ni, bagi pelusuk negara seperti Malaysia dan Indonesia...
Anda ada masalah MATA? Cuba makan buah ni.. Anda ada masalah MATA? Cuba makan buah ni..
Khasiat Terung Pipit untuk kebaikan Mata. Terung Pipit ( solanum tarvum ) juga dikenali sebagai terung rembang, atau terung manggul adalah sejenis ulam tumbuhan liar atau ditanam dikawasan kebun tetapi...
Khasiat Daun Sirih Untuk kesihatan MATA yang Ramai Tak tahu.. Khasiat Daun Sirih Untuk kesihatan MATA yang Ramai Tak tahu..
Manfaat dan khasiat daun sirih untuk kesihatan mata. Daun sirih merupakan salah satu tanaman herba yang memiliki sejuta manfaat untuk mengubati segala macam penyakit dan masalah kesihatan, salah satu nya...


TINGGALKAN KOMENTAR

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.